JellyPages.com

blog jalanan

blog jalanan

Terima Kasih Sayang

Tuesday, 17 March 2015

ZAMAN DIPLOMA

ASSALAMUALAIKUM

Korang nak tau tak aku dah rindu gila-gila dah dekat budah DKA 1,2,3,4,5,6 A. Member-member yang paling the best in the world. In the world khauu. haha. Tapi seriess la. Aku rindu gelak tawa budak-budak ni. Macam-macam jenis perangai ada budak kelas aku ni. Ada yang jenis da kentot lepastu negok orang lain pun ada, ada jenis dengar / lihat perkataan "ULAR" terus lari pun ada. Macam-macam. Kalau nak huraikan perangai sorang-sorang, sampai esok pun tak habis. Aduai, okey aku nak kenalkan orang yang aku rapat dari hari "selekih-selekih" sampai la akhir semester iaitu HABSAH BINTI YUSOF. Masa tu first time negok dia dekat dewan mana entah. Poli ada buat hari Majlis Suai Kenal dekat dewan tu. Masa tu tengah nak duduk, tiba-tiba ada budak duk sebelah, dia cakap "nak duk sebelah eh". Then kenal-kenal la dengan dia. Nama dia la yang paling aku susah nak sebut, walaupun pendek je nama dia. iaitu HABSAH. Aku boleh panggil dia "HASBAH". Series mang tak boleh nak sebut HABSAH. Nak sebut pun kena diam sekejup,lepastu cakap nama dia slow-slow. Dia jenis yang agak ganas + garang. Tapi dia ada name samaran, iaitu "Habsah Comel". Masa tengah ada Survey camp, dekat kayu dia boleh tulis "HC" . Katanya Habsah Comel. Okey pun boleh la. Dialah kawan yang paling rapat, nak pergi mana pun dia mesti ada. Kalau tak jalan dengan dia, budak-budak mesti tanya, gaduh dengan sasah ke, gaduh dengan peika ke. hahaha.Sampai la akhir sem kita rapat. Huh, lepas tu nak cerita pasal sorang budak ni, nama dia HAMIZI BIN SUKOR. Orang panggil dia "HAMMIZZZ". hahahaha. Jangan marah ye mizi. Dia punya perangai, ya Allah, rasa nak lempang-lempang & tumbok-tumbok je. Punya la poyo, konon-konon hero malaya. Usha awek bukan main bersungguh lagi. Kalau boleh makcik & nenek pun dia nak cuba ngorat. Mybe dia nak ambik hati dieowang kot. Mana tau makcik tu kahwinkan anak die ke & nenek tu kahwinkan dengan cucu dia. Kan hamizz. hahaha. Jujur la eh, dia ni nakal, mulut dia kadang-kadang macam boleh tahan gak sebab lesen dah tamat, sebab tu tak boleh control. Tapi nakal-nakal dia pun, aku tau dia seorang yang baik. Dari jauh nampak macam hati keras, poyo, selekih, tapi dia nya hati baik punya. *hamiz,tolong jangan kembang hidung yee. hahaha. Dari segi percintaan ni, dia setia sangat, tapi tu la masalahnya, dia asik tersangkut dengan perempuan yang kepunyaan orang lain. Aduh, bila dia cerita kat aku, aku selalu mengeluh, macam-macam dia nya masalah. Dia lah yang tipu aku pasal twillight tu. Kurang ajak nya budak. Nasib baik aku tak baling kau kat logi sebelah asrama. Lagi satu huh, pasal budak yang selalu excident. Nasib laa kan. Dugaan. Dieowang ni kalau naik moto negok okey jee, tapi tu laa. Anggap je la suratan takdir. Ada je berita, excident. Nama dieorang Aiman, Najam & Hazeeq. Yang paling nakal, ialah si Hazeeq. Dah la kurus kering, soh bawak kereta pon xnak. Mang xley, sebab dia tak ada lesen kereta lagi. Suruh buat pun tak nak, cakap mahal la, itu la, ini lah. Degil !!.

Lagi nak cerita pasal siapa yee, hmm. Huh cerita pasal sorang budak kecik ni, Nama dia Fazira, kiteorang panggil dia kecik. Sebab dia lah perempuan paling comel loteh dalam kelas kiteorang. Walaupun dia kecik, huh dia kuat makan tau. Dialah yang paling late sikit habis makan, tapi yang bagusnya apa tau, dia akan makan makanan tu sampai licin. Kan kecik?. hahaha. Jangan marah yee. Dan macam-macam lagi perangai budak kelas aku ni. Kalau dengar je kelas dibatalkan, mula la ayat-ayat poyo dieorang keluar "alaaa, baru nak belajar statistik, dah cancel, lect paling best lak tuuuu". hahaha. Padahal dalam berapa minit dah tau kelas cancel, dah tengah membuta kat katil masing-masing. Termasuk budak-budak perempuan & termasuk la aku sekali. muahahahaha. Yela mana tak syok, kelas batal kot.

Kelas kiteorang ni suka berjemaah. Bukan berjemaah dalam solat je ye *yeke? ,haha , kiteorang suka berjemaah dalam pergi makan,pergi kelas, pergi mana-mana laa. Ofcoz kena berjemaah. Sebab kiteorang dah terbiasa pergi mana-mana semuanya saing. Kecuali kalau ada hal atau kerja ke, baru berpuak sikit.

Huh, lupa juga pasal senior-senior kelas kitaorang, diorang senior paling the best. Yang sangat sporting & amatlah tidak sombong. Yela, korang tau jela, ada yang kadang-kadang senior terkenal dengan sikap sombong & berlagak, tapi diaorang tak langsung. Kalau ajak pergi mana-mana, dieorang on jee.

Huh, ni cerita pasal bula exam. Kelas kita la yang paling kecoh dekat bawah khemah. Setiap kali bulan exam, asrama kita ada pasang khemah tuk budak-budak study. Kiteorang akan tempah satu meja yang panjang khas untuk kelas kita. Maksud tempah tu bukan kena pergi bayar lepasu tulis nama, maksud tempah dalam bahasa pasar ialah "kiteorang dah coopp dulu,kiteoarang dah letak buku dlu !!". hahahaha. Jadi yang seronoknya apa tau, kiteorang belajarnya sekejup je, tapi main  & buat bisingnya lama. Korang nak tau x kiteorang main apa, kiteorang main kad tropp eh orang panggil, kiteorang guna kad tu tuk main DONKEY, hahaha. Tau x main donkey tu macam mana?. Nak cakap susah, tanya budak sebelah awak eh. haha. Memang best main donkey tu, ada sampai satu masa tu kiteorang cadang kalau siapa kalah dia kena buat suara macam donkey. Tak ke kelakar tuu. Ada sorang budak tu nama dia Iqram, dia ni budak paling "longoi" dalam kelas. Kecian dia tau. Tak ada lah longoi sangat, maksud peika dia suka sangat macam bluur-blurr bila orang cakap. Bila dia cakap kiteorang akan erkkk,arkkkk. Sebab nak kenakan si Iqram ni tapi dia memang sporting walaupun umur dia atas kiteorang. Dia bukan senior, tapi memang dari sem satu dia saing kiteorang. Walaupun kiteorang suka usik dia, tapi kita respect dia sebagai "ABANG". erkkk,, kannn korang semua? :p, Huh, kebetulan suara donkey tu dia kena buat, ambik kau. Dia tetap buat, kata sporting. Huh, budak senior apa kurangnya, sama je ikot kiteorang main DONKEY tu.

Masa last malam terakhir kiteorang nak balik, kiteorang lepak dekat Klebang,Melaka. Masa tu baru balik dari dinner tuk budak Civil Engineering last sem. Kiteorang lepak kat klebang sampai pagi gak. Kiteorang ada buat satu aktiviti. Kiteorang kumpul & buat bulatan termasuk senior semua. Kiteorag mintak masing-masing meluahkan perasaan & semua perkara yang tersirat & tersurat dalam hati selama 5 sem kiteorang bersama. Macam-macam kiteorang luahkan, sampai nagis-nagis. Antaranya akulah orang yang emo sangat nagis, sebab aku teringat pada Arwah Farhan. Dia dah meninggalkan dunia ini masa nak masuk semester 2. Amatlah rindu kiteorang kat dia. Aku sedih & terlalu sedih sebab aku tak dapat lihat muka arwah langsung pun.

Satu malam tu aku mintak member aku Afiqah tuk teman aku pergi rumah member aku tuk ambik baju. Member aku ada cakap, dekat sungai melaka ada buat function, so kiteorang pon pergi. Dah lepak sana kejup, kiteorang pon balik. Tiba dekat depan Melaka Central yang simpang empat tu, aku negok ada minyak banyak dekat atas jalan. Memang masa tu seram da, pastu aku negok motosikal memang dah tinggal rangka je. Naik bulu roma aku masa lalu sana. Aku siap cakap dekat member aku, "tadi ada exciednt, seram, moto tinggal rangka je,memang hanco". pastu cita-cita tiba-tiba budak-budak ni semua ajar keluar lepak malam sebab lagi dua hari kot kiteorang dah nak masuk sem 2, nak daftar. sebab tu masuk asrama cepat sikit. Malam tu tengah lepak-lepak, tiba-tiba ada panggilan , member cakap paan masuk hospital. Memang terus pergi hospital melaka, dia dalam ICU kot. Kiteorang tunggu sampai lewat malam. Rupanya, yang aku negok excident tadi, arwah paan yang excident dekat sana. Ya Allah, hati aku sedih gila. Kalau la aku tak singgah dekat sungai melaka, mesti aku sempat jumpa paan walaupun dalam keadaan menyedihkan. Memang sedih sangat, tak boleh nak cakap. Aku dah balik asrama, sok nya terima khabar, paan dah takada. Al-Fatihah.

Kiteorang masa tu gak pergi hospital, satu kelas. Then kiteorang semua gerak kampung dia sebab jenazah nak dikebumikan dekat kampung dia iaitu kampung aku gak, Kluang Johor. Alhamadulillah semuanya bejalan dengan lancar dengan izinnya. Arwah paan mybe dia beli moto baru masa nak masuk sem 2, tak sure la. Kecian arwah, baru nak pakai pergi kelas kan. :'(.

Aku sangat beruntung & bangga dapat kawan macam korang. Susah senang sentiasa bersama, walaupun kadang-kadang ad mulut yang boleh menyakitkan hati, tapi tu biasa la. Tak semua orang boleh terima kekurangan kita & tak semua boleh terima kekurangan orang lain. Janji kita respect dia sebagai kawan. Pakwe / Makwe boleh cari, tapi sahabat tak boleh cari macam petik jari terus dapat. Takkan. Hargai persahabatan kita. Walaupun dia sakitkan hati kita ke, selagi boleh bertahan dengan perangai dia, bersabar la. Tapi kalau dia melampau, just sound je, supaya dia sedar. Kalau tak sedar juga, lebih baik masing-masing diam. Janji hubungan kawan tak putus. Kejup lagi aku post gambar-gambar budak kelas aku okey. Yang gila pon ada yang longoi-longoi pon ad. Meh negok mehh. hahahaha





















-TAMAT-


No comments:

Post a Comment