Assalamualaikum
Pagi - pagi peika dah mula buat karangan huh. Busan la, tak ada kerja nak buat sementara waktu ni sebab projek belum ada lagi. Jadi peika duduk office terconggok je. Sometimes, Ya Allah, mengantuk gila tahap macam makan ubat batuk satu botol. Mengantuk beb ! Office besar, meja ada dua, tapi manusia dalam office ni satu je. Boss lak masuk ikot mood, jadi mood kita pon berubah ubah. Nak buat apa, kerja tetap kerja. Nak gaji kan?, Sometimes tu tertidur kauu, nasib baik enpone ni bunyi, kalau tak , air liur basi keluar pon tak sedar. hahaha.
Kadang - kadang masa tengah ada masalah, mood tengah down, mesti kita terfikir zaman kanak - kanak. pastu bandingkan zaman budak - budak & zaman 20an sekarang ni. Dulu tak payah fikir pasal pasangan hidup, tak payah fikir pasal jaga hati orang, tak payah fikir kerja, totally zaman kecik fikir pasal main. Pukul 4.30pm nak keluar pergi rumah si bedah la, nak petik buah mangga dekat umah si minah ni. nati pukul 5.00pm nak pergi main dekat area loji kumbahan la, nak main kejar - kejar kat sana. Dalam otak itu je. Sekarang !!!, Ya Allah, otak kita dah penuh dengan masalah. Otak tak pernah kosong & free. Ada je masalah timbul. Satu masalah dah lepas, satu lagi timbul. Itu baru di namakan LIFE ! kalau kita hidup, tak pernah fikir masalah atau tak pernah fikir untuk masa depan, dia seorang yang tak ada LIFE !. thats all. Simple.
Cuma kadang - kadang tak faham dengan orang lain. Kita dengan hidup kita. Kita makan, minum, berak, buang air kecil,tidur, semuanya dengan usha kita sendiri. Kenapa orang lain nak comment ? Kenapa orang lain nak bagi warning dekat kita? kenapa orang lain nak cemburu pada kita ? kita ada susahkan dia ke? kita ada beli rumah guna harta pusaka dia ke? kita makan Kenny Rojers dengan duit gadai emas dia ke? Tak ada kan. So, kenapa manusia ni kadang - kadang sibuk dengan life orang lain?
kau ada life sendiri, kau patut jaga life kau. kenapa kau sibuk nak komen & cakap pasal orang lain.
bukan nak cakap besar atau mengutuk manusia - manusia yang kat luar sana. Kadang - kadang, aku sendiri pon sama juga, mungkin akan datang ke. Kita manusia tak boleh cakap besar, sebab benda tu akan terkena pada diri sendiri satu hari nanti. Aku just bagi pandangan, dan sometimes benda ni berlaku pada diri aku sendiri.
Kadang - kadang benda ni selalu berlaku dalam hidup aku & hidup semua orang. kita beli something tu hasil usaha kita sendiri, orang lain lak yang sibukkan diri nak comment pasal hidup kita. Apa masalahnya sekarang. Cemburu? eh, common r, sekarang zaman 2015. Siapa cepat dia dapat, siapa usaha dia dapat.
Hidup ni kita yang create, kita yang bangunkan sendiri. Bukan orang lain. Macam dalam drama & movie, ada pengarah. Dia yang arahkan si perempuan ni jadi kaya, si lelaki ni jadi paling kaya & terkenal dalam kawasan perumahan dia. Tapi kaya & terkenal dalam drama & movie tu bukan realiti. itu cuma kisah dongeng. Yang sekarang ni, kita hidup realiti, tak ada pengarah yang selalu mengarah kita, tak ada penerbit, tak ada penolong, tak ada orang makeup. Semuanya buat sendiri & usha sendiri.
Jadi bila kita makin berumur, fikir la mana yang terbaik. Jangan terburu - buru dalam buat keputusan. Sometimes aku pun buat salah, buat keputusan terburu - buru, lepastu kena maraj dengan ayah. Tapi itu semua pengajaran buat kita. Dah pernah terkena sekali, jangan la bodoh buat kali kedua. Kau ada life kau sendiri, sebelum kau nak mulakan hidup kau, ambik satu kertas & conteng. Target hidup mesti kena ada. First nak buat apa, second nak buat apa & bla bla bla.
Dalam sesetengah perkara tu, kita akan rasa sebelasah. Betul ke aku buat ni, kalau aku pilih A, habis B macam mana. Pilihan B macam best. Kalau rasa macam tu, alami situasi macam tu, tanya la pendapat orang. Ada facebook, ada instgram, ada twitter. Apa guna benda tu semua. Contoh, ada orang dah bag pendapat, kita tanya diri kita pulak. Kalau orang tu bagi pendapat macam tu,dari pihak
kita, kita mampu tak. Kita tak boleh juga buat keputusan selepas dapat pendapat orang lain. Bagi pulak masa untuk diri sendiri. lepastu tanya cikgu sekolah lama, tanya pensyarah, tanya parent, kalau boleh tanya sampai nenek moyong kalau ada.
Kadang - kadang kita tanya pendapat ni, ada sebab. Nak juga tahu apa pendapat orang lain. Tak salah kalau bertanya. Kadang - kadang pendapat orang lain pun berguna juga, bukan jatuhkan diri kita.
Tu la, sometimes tak faham manusia yang suka dengki, cemburu dengan apa yang kita capai. Padahal, kau dah cukup sempurna & kau dah miliki apa yang aku tak mampu miliki sampai sekarang.
kau dah kahwin, kau dah ada suami, kau dah ada anak, dah ada kereta, dah ada rumah sendiri. Jadi kenapa kau sebuk lagi dengan hal orang lain. Eiy, bersyukur la apa yang kita da capai sekarang. Jangan mengeluh, jangan rasa menyesal.Kalau kau mengeluh, menyesal, kau patut berfikir sebelum bertindak. Tiada siapa yang halang kau, now kau dah ada life kau, better kau go on dengan life kau.
Lagi satu, manusia ni kena ada sopan santun, budi bahasa budaya kita, bahasa menunjukkan... menunjukkan apa ek? hahaha. lupa pulak ayat dia. korang sambungkan eh. kita ni manusia,banyak sangat perangai & tingkah laku yang berbeza. Walaupun berbeza, tapi bila bercakap dengan manusia yang lain, yang kurang kenal, yang tak kenal, yang baru je bertegur, sedara, sepupu and macam - macam lagi, biar bersopan santun. Kau tak payah la kurang ajar sangat. Kau dah bagus sangat ke nak cakap besar, sedangkan kau manusia yang lemah di pandangan Allah swt. ni untuk diri aku juga, supaya aku muhasabah diri, tak buat perkara yang aku sendiri cakap.
Bila kita bercakap dengan orang lain, jangan la kurang ajar sangat. Lagi - lagi, aku paling damn kat orang yang suka cakap bahasa sopan perli.Eiy, aku paling damn orang yang macam tu. Kalau tak puas hati , terus terang. Jangan jadi pengecut setakat bagi warning sopan dengan aku. Nampak tak pembaca, orang - orang yang cakap bahasa sopan perli ni sebenarnya tak puas hati dengan kita. Padahal kita tak buat apa - apa pun. Tak susahkan hidup dia pun.
Kadang - kadang ada orang suka bagi bahasa sopan perli sebab dia tak nak malukan orang yang salah tu. okey macam ni, aku bagi contoh.
a)
orang ni suka sangat cakap bahasa sopan perli sebab dia tak puas hati & cemburu dengan apa yang kita ada. jadi, bila dia tak suka kita, dia pun buat perangai dia.
b)
orang ni tau yang manusia ni memang jenis macam ni. manusia ni suka sangat sakitkan hati orang, tak jaga adab, tak jaga hati kawan. tak bersopan bila dengan orang lain bila bercakap. si orang ni lak xnak dia malu depan orang lain, dia pon bagi lah bahasa sopan dia, supaya si manusia ni sedar diri. kalau tak sedar diri juga, aku tak tau la apa jenis manusia kau ni.
sorry, ni pendapat diri peika sendiri. orang lain, cara lain. ni cara peika, ini la peika. Aku tau aku tak kacau hidup orang, kau jangan kacau hidup aku. Sometimes aku rela tak ada kawan dari ada kawan yang sengaja sakitkan hati aku bila berkata - kata & dengan tindakan. Aku memang sometimes sombong, sebab aku tak geti nak bercakap dengan orang yang baru kenal. Aku tak geti cakap dengan member punya member, kecuali dia tu boleh masuk kepala. Kalau aku tengok perangai dia pelik je, tak boleh masuk. aku rela diam tak berkata - kata. Sometimes, bila aku tengah jalan, member punya member tegur bergurau (lelaki), dia tanya "awak, awak dah makan", aku takkan layan, padahal aku dengar dia cakap " pegh, sakit hati doh, aku tanya dia tak jawab". dalam hati aku, lantak kau r. suka hati aku r nak cakap ke tak. aku tak kenal kau pun. Orang yang kenal, rapat dengan aku je yang tau perangai aku macam mana. Sometimes ada juga aku sakitkan hati member, tak nafikan juga. Manusia, dah sedar kesalahan, mintak maaf itu wajib.
jangan ambik hati & jangan terasa, ni pendapat saya je.
assalamualaikum
No comments:
Post a Comment