JellyPages.com

blog jalanan

blog jalanan

Terima Kasih Sayang

Sunday, 15 March 2015

Cinta Atau Sayang ?

ASSALAMUALAIKUM.

Hye korang, Hari ni tiba-tiba rasa nak membebel lak dalam diary public ni. Nak tanya ni, korang pernah tiba-tiba tengah bodek-bodek handphone ke, tengah jalan tepi shopping complex, atau pape lak pastu terserempak dengan perempuan atau laki, hati terus berbunga-bunga. Sampai malam pun tak boleh nak tidur, sebab asik terfikir pasal awek/mamat yang terserempak pagi tadi. Dalam hati, Perghh hensem la mamat tu, aduh cantik gila pmpuan tu, ayu sangat & bla bla bla. Macam-macam la kan. Itu maknanya kita da pandai suka kat orang lain. Dulu masa kecik-kecik loteh mana la fikir pasal awek ke, mamat ke, cun ke, ayu ke. Kita langsung tak fikir pasal tu. Yang kita fikir, main kat longkang, main basikal, fikir nak beli apa lah dekat koperasi masa rehat nati, nak beli buku nota wane wani ke, nak beli pen penutupnya ada catoon ke & macam-macam. Dulu masa kecik best gila, tak payah fikir pasal pakwe / awek. Dia da makan ke, da tidur ke. Dia sihat ke tak. Lagi kalau jenis orang yang cemburu buta, 24hours nk text. Cemburu Buta kononya. Puiih sikit. Tapi tu la,zaman sekarang dah banyak berubah. Umur 10 Tahun keatas je da pandai cakap awek, dah pandai ngorat-ngorat. Biasa la kan, zaman sentiasa berubah, lagi lah perangai manusia.

Peika pernah tanya mak peika, mak CINTA tu apa?, mak peika tak jawab panjang pun, dia cuma cakap "cinta tu tuk orang yang dah kahwin je". Peika terus diam. Peika fikir juga, betol juga cakap mak, Kita muda & mentah lagi, otak main game COC, otak fikir nak main plyground lagi, tak sesuai kot nak cakap " aku sedang bercinta dengan mamt ni", "aku sedang bercinta dengan awek ni". rasa kelakar pon ada. Macam umur 20 tahun keatas bila kita ada perasaan suka & tertarik pada jantina lain, itu perasaan suka akan bertukar kepada sayang. Jadi mula la fikir pasal nak jaga diri dia, nak jadi paling terbaik buat dia, nak bawak dia jalan. Maka muncul la ayat " awak jom couple. Amboi senyum lebar macam mulut badak menguap. hahaha. Ala korang yang ngah baca pun pernah gak alami rite. Tapi kalau korang nak tau ,ayat " sudikah awak menjadi isteri saya" itulah yang paling bahgia & menyeronokkan. Eh jangan fikir peika pernah alami ye, tak pernah pun. Korang sendiri negok eh, bila kita negok drama atau baca novel, ada perkataan tu, korang mesti senyum lebar pastu mula berangan kan. Huh, macam tu lah. 

Acctually sekarang ni bila kita ada jalinkan hubungan dengan perempuan / lelaki, itu bermakna kita couple dengan dia. Bila couple mesti kena ada niat tuk berkahwin. Korang sendiri tau an, niat baik kena ada bila jalinkan hubungan pasangan kita. Niatnya macam, satu hari aku nak kahwin dengan dia. Jadikan dia yang halal bagi aku. Usaha idak cukup ye pasangan-pasangan sekalian, DOA perlu ada. Kalau lelaki duk berdoa siang malam tuk hubungan dia, tapi perempuannya tak. Sama je cinta bertepuk sebelah tangan. Kita duk beria-ia , dia ambik releks. Kang cepuk skali kang. hahaha. 

Untuk aku la kan, cinta tu tuk orang yang dah nak bertunang dan orang yang dah nak berkahwin. Jadi bagi umur macam aku, 21 Tahun, aku dan semua orang berhak nak jalinkan hubungan. Tak salah pun, tapi behave kita sebagai Umat Islam. Bila kita ada makwe/pakwe kita mesti lah kena jaga hubungan kita. Ini semua bergantung pada diri masing-masing. Macam mana nak jaga hubungan mereka. Nak bagi syarat, "awak tak boleh kawan dengan lelaki/ perempuan", " awak tak boleh keluar malam / siang tanpa kebenaran saya"," awak kena selalu mesej saya,kecuali ada nak g toilet ". Kalau macam tu, kau dorang dah boleh kahwin ye. Jangan campur masyarakat. Jangan la macam tu skali kan kalau ye pon. Aduh aii, hahaha. Untuk aku, dalam hubungan kena ada perasaan sayang  pada pasangan kita,macam sayang family. kena ada perasaan jeles, tapi jangan jeles macam cemburu buta. Okey, aku ngaku aku Wanita yang paling & terkuat jeles. Tapi aku boleh kawal lagi. Aku rasa perasaan cemburu ni Allah yang ciptakan pada diri kita. Budak yang bernama Nor Shafika Binti Mohamad Shafiq ni kena ada perasaan cemburu yang kuat dalam dirinya. Maka terjadilah aku seorang yang kuat cemburu. Ada laki yang terima, ada laki yang tak boleh. Tapi aku kawal la selagi boleh kawal. Aku bukan jenis cembura buta sangat ehh. hahahaha. Sambung balik,dalam hubungan kena ada perasaan menjaga hati & perasaan. Kena ada juga bertolak ansur. Paling penting kena berDOA untuk hubungan,

Kalau hubungan korang ada masalah la kan, korang kena banyak bersabar. Bila ada masalah je, terik nafas & cakap ini dugaan dalam hubungan, Allah nak uji aku. So slow talk dengan pasangan. Contoh la kalau dia tiba-tiba berubah. Tak mesej macam biasa, susah nak ajak keluar, lebihkan orang lain dari kita. Maksud orang lain tu, selain family and kawan sama jantina. Faham kan?. Bila korang alami benda ni semua, tolong jangan pendam. Okey lah, kalau awak memang seorang yang pendam, pasangan pun sama, kalau ada masalah, masalah tu x akan selesai sampai bila-bila. Nati bila satu hari dah hot, api dah naik kepala pastu baru nak luahkan, maka hubungan tu boleh membawa kepada penceraian Talak 100. Huh, nak tak??. Aku jenis memang tak boleh pendam lebih dari 2 hari. Pernah satu kali aku tak nak luahkan apa yang aku tak puas hati, punya la aku pendam dianya sakit hati tu, rasa nak pecah dada ni. Sedih nak mampos !!. huh ambik kau. hahaha. Tapi seiss, aku rasa cara pendam tu membawa padah pada hubungan. Aku kalau ada benda tak suka ke, sakit hati ke, aku akan terus tanya, nape macam ni, kenapa macam tu supaya kita tak akan fikir negatif pada pasangan kita. Just tanya je, kalau dia cakap tak ada apa lah, okey je la. korang buat je satu karangan yang panjang, apa yang korang tak puas hati, janji hati dah tenang. Biar dia tau yang kita ni sayang ke tak. Ni tak kesahlah perempuan ke atau lelaki. Jangan ego. Kalau betol-betol sayang, abaikan ego tu. Releks je & be gentle. Kata gentle kan? 

Bila dah cakap tu, kena ada rasa redha dalam hati. Mana tau, bila dah luahkan macam-macam tiba-tiba dia ajak cerai talak 100, mesti nagis kan. Lelaki nagis dalam hati. Tapi aku paling respect pada laki yang sedih & nagis bila kehilangan makwe. Aku selalu cakap dalam diri aku, " kalau aku ada hubungan,then putus,jangan sebab kita". Tapi selameni mybe ramai tinggal, dieowang dah busan. Aku releks je sebab aku yakin, aku dah buat yang terbaik dalam hubungan. Lagi satu, untuk perempuan jangan jadi queen control sangat, lelaki mana la suka pmpuan macam tu. Aku pun tak nak jadi macam tu. Setakat nasihat, larang apa yang patut da cukup. Tapi kalau kita da tegor, dia tak nak dengar, dah biarkan je. Diri dia, biarkan dia. Jangan pernah ubahkan diri pasangan kita untuk kepentingan diri sendiri. Nasihat untuk peika juga. Lagi satu ini untuk pasangan yang ada kawan baik / rapat yang berlainan jantina. Kalau awak dah tau awak tu ada pasangan, kalau boleh behave, plis behave. Bukan aku suruh , kau dah ada awek, jangan kawan ,keluar dengan kawan baik kau tu. Contoh si perempuan ni ada kawan baik lelaki, jangan la sampai abaikan pakwe. Sampai apa yang pakwe tak dapat, kawan baik dapat. Maksud peika layanan okey, jangan fikir lain lak. haha. Yang si perempuan tu nya kawan pun kena la fikir gak, pmpuan tu da ada pakwe, jaga lah perasaan pakwe mbe dia. Dia pon sama lelaki kan, kalau awek die buat hal, sama gak kan. Huh, ada brain boleh think.  Ada masalah dalam cinta-cinta ni, lagi best kalau share dengan mak kita sebenarnya. Mak sentiasa bagi pendapat yang terbaik untuk anaknya, Kalau tanya mak peika, dia cakap " ala dik,kau muda lagi" and macam-macam. Tapi kadang-kadang bila peika buat muka macam kerang busuk baru & dah perasan tak makan nasi macam biasa sebab sedih sangat, baru dia straight to the point. Bagus Pn Ramlah ni. sayang sikit. Muah.

Lagi satu, kalau kita ada hubungan, buat la yang terbaik sebaik mampu supaya satu hari dia akan fikir " nape aku tinggalkan dia". Biar dia, hahahaha. Eh tak ada lah. Jangan risau la, JODOH PASTI ADA.

Sorry kalau peika tersalah cakap, Apa yang peika cakap ni tak pernah terfikir tuju pada siapa-siapa, ni just dari hari peika. Rasa nak share. Mintak mAaf seribu kali  jika sakitkan hati korang atau tersalah cakap. Budak baru belajar. hahaha

"CINTA KAMU KEPADA SESEORANG ITU KADANGKALA DAPAT MENYEBABKAN KAMU MENJADI BISU DAN BUTA " 

(RIWAYAT al-Bukhari dan muslim)
-TAMAT-

3 comments: