JellyPages.com

blog jalanan

blog jalanan

Terima Kasih Sayang

Wednesday, 8 May 2013

"Apabila Bayanganya Kembali Menggangu"

assalamualaikum,

Semenjak bebrapa hari ni,peika da mula rajin baca buku-buku yang mengmotivasikan diri.Hebat kan peika niyh.muahhaha.Baru-baru niyh peika ad beli sati buku yang bertajuk "KU JEMPUT JODOH KU". Menarik.Buku tu khas untuk Mengubat Hati Yang Lara & pesakit virus DSTB (Derita Cinta Tak Dibalas).
Mesti korang dengar macam membusan kan rite,sebenarnya bagus sangat buku tu.Banyak nasihat tuk orang yang dikecewakan,putus cinta dan kalah dalam percintaan.

Setiap individu mesti pernah alami perasaan sedih,kecewa dan rasa macam nak bunuh diri disebabkan kalah dalam percintaan. Apa kurangnyer peika,peika pun penah alami perasaan macam. Tu semua pengalaman kita yang mendewasakan kita untuk membuat keputasan yang lebih baik tuk masa hadapan. Dulu peika macam tu juga,kecewa dalam percintaan,rasa bodoh sangat,rasa macam nak gila,sebeb seteress la katakan.
Tu dulu,but sekarang peika da mula sedar,sebenarnya  menagis untuk lelaki dan perempuan bukan tentu dia jadi jdoh kita adalah pekara tak berfaedah. 

Its ok kalau dia tinggalakn kita,sebab Allah akan temukan kita dengan penganti yang lebih baik dari yang dulu.Contoh la kan,kalau kita da sayang kat seseorang tu,sampaikan apa yang pasangan kita cakap semuanya kita dengar dan apa yang dia cakap semua nya betul sebab masa tu umur kita muda lagi.Umur yang tak matang.Bila umur kita semakin meningkat,kita da mula fikir secara matang,kita tahu mana baik dan mana buruk.Mana tahu dulu yang kita sayangkan sangat, selalu dengar cakap dia,apa yang dia cakap betul,lepas umur kita da matang,kita da tak boleh terima pendapat dia. Sebab bertentangan pendapat. Umur yang paling sesuai untuk kita membuat keputusan dengan baik ialan 18>.Tapi belum tentu semuanya betul.

Jadi bila korang semua alami perasaan kecewa,sedih macam nak gila,cool je k.Memang susah nak cool,but cuba,cuba dan cuba ok? Lagi satu semua orang penah alami 'cinta monyet' rite.haha.Peika pun penah juga.M asa bercinta,bila cikgu atau parent cakap "cinta masa sekolah semua,cinta monyet je",mesti kita rasa marah bukan,sebenarnya 50-50 koot.haha.Dulu peika pon macam tu,bila da jejak ipt,ingat balik cinta masa skola,baca balik kisah yang tertulis dalam diari,memang melucukan.Baru kita cakap "hahahha,kelakar la masa skola dlu,cinta monyet ehh".Tapi tak semua individu yang cinta pada zaman sekolah akhir begitu je,ada juga akhir dengan perkahwinan.woww,betapa kuat nyer cinta mereka itu.Itu semua ketentuan & kehendak Allah. 

ok sekarang kita cerita macam mana nak lupakan "EX" yang penah hadir dalam hidup kita.Dalam buku " Kujemput Jodohku" menyatakan nak lupakan ex cuba " Ingat Kekurangannya".ok bangaimana sekiranya banyangannya masih hadir dan menggangu aktiviti harian? Padahal, kita sudah berusaha membuangnya jauh daripada kehidupan.

     Abdullah Bin Mas' ud menasihatkan, "Apabila kamu kagum kepada seorang wanita, ingatlah semua kekuranganya."

Maaf, ini bukannya tajassus atau mencari aib dan mengorek kekurangan. Ini adalah nasihat, supaya kita tidak dipermainkan oleh pesona zahir, dan tidak dibuai oleh gejolak nafsu sehingga menjadi permainan syaitan.

    Ustaz M. Anis Matta berkata " Apabila cinta mempertemukan jiwa di alam ketinggian,  perpisahan di alam dunia adalah seksaan jiwa untuk para pencinta. Apabila mata tidak saling memandang, jiwa ini dan itu pasti terseksa rindu. Sekiranya rindu berakhir dengan pertemuan di alam dunia, tandanya masig ada harapan.".

Selain itu, sekiranya masih sukar melupakan dia,tulis nama nya pada sehelai kertas.Koyak kertas itu dan katakan, kita sudah melupakan dirinya da membuang jauh bayangan wajahnya.

" Melupakan Kebaikan Dia" .Ia tidak bermaksud menjadi naif, tidak mambalas budi, apatah lagi tidak berterima kasih.Namun tujuan kita melupakan kebaikan dia adalah supaya kita tidak dipermainkan oleh bayangan wajahnya,supaya kita tidak berasa dirinya adalah insan terbaik dan satu-satunya untuk kita, dan supaya kita tidak menanggap dia sebagai putera ataupun bidadari yang tiada tolok bandingnya.Sehinggakan, apabila kita tidak berjaya mendapatkan cinta dan tidak bernikah denga dirinya, kita mengalami kekecewaan yang luar biasa. Seolah-olah hilang semuanya.

Haa,dalam mengadapi percintaan pemberian hadiah dah menjadi adat.Lagi-lagi masa velentine laar,masa harijadi pasangan laar and masa "anniversy" la sebagai tanda cinta dan setia.Apabila berlaku perpisahan, anggap semua itu pemberian biasa daripada seorang manusia kepada manusia yang lain. Hanya seperti sahabat yang mahu mengukuhkan tali persahabatan dengan memberi hadiah. Bukankah hal itu digalakan oleh Rasulullah s.a.w?

Sekiranya hadiah ataupun barang yang dia beri menjadikan kita terseksa dan sukar melupakan dirinya,lebih baik musnahkan semua barang itu.Dan ingat cinta monyet adalah " Satu Pengajaran".

Izinkan Aku Melupakanmu

Wahai engkau yang pernah singgah dalan lubuk hatiku,
Izinkan aku melupkan bayanganmu dalam hatiku,
Akan aku hapuskan memori indah yang pernah terjadi dahulu,
Biarkan aku melangkah dengan pijakan pada kakiku,
Jangan engkau sandung dengan beban kenangan,
Yang membelenggu langkahku,
Jangan engkau seksa dengan cinta semu,
Yang menghancurkan harapanku,
Ya, izinkan aku melupakanmu, 
Sepenuh hatiku,
Segenap jiwaku,
Seluruh perasaanku.

THE END.

mintak maaf jika tak menarik,just share apa yang mampu

No comments:

Post a Comment