JellyPages.com

blog jalanan

blog jalanan

Terima Kasih Sayang

Tuesday, 4 June 2013

"APABILA DIRINYA BERSANDING"

Assalamualaikum,

Setiap orang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan.Setiap pasangan mesti nakkan hubungannya sampai ke akhir hayat.Maka kita pun mula janji,bagi harapan,bagi kata-kata manis dan kata-kata kepercayaan kepada pasangan.Kita risau bila salah seorang dalam hubungan berubah.Nanti mula la hati tak tenang,jiwa gelisah,dalam fikiran selalu tertanya-tanya " kenapa dia da laen ek? " , " dia dah tak macam dulu,aku rasa lain pulak,nanti mesej aku nak tanya kenapa dia da berubah. ". Jadi macam-macam persoalan yang bermain dalam minda kita.

Ok siapa yang tak nak hubungan kita dengan si Dia  berkekalan sampai akhir hayat? Mesti la semua manusia  yang da mempunyai hubungan nakkan hubungan kekal sampai akhir hayat. Tak cukup sekadar memberi kata-kata manis,kata-kata harapan,kata-kata kepercayaan dalam hubungan, tetapi perlu ada Doa untuk hubungan kita. Kalau kita beria-ia sangat,dah buat macam-macam dalam hubungan, example macam si lelaki belikan cincin couple,habiskan duit untuk pasangan,da bawak jumpa parent,siap da mintak restu mak ayah,tapi kalau Allah S.W.T  tak menizinkan kita bersama, kita tetap akan berpisah dengan pasangan kita satu hari nanti. Jadi kalau kita nak sangat pasangan kita jadi Imam & Makmum  kita satu hari nanti,rajin - rajin la selalu berdoa. Bila waktu malam, kalau rajin sebelum tidur mintak lah petunjuk Allah dengan solah Istikarah mana tahu ada dua pilihan ke kan.Bukan boleh percaya korang ny.hehe , Just gurau je ^^.

Maka andai kata satu hari Allah tak menizinkan kita bersama dengan si Dia,maka tabahkan,kuatkan hati tuk menghadapi hari - hari sudah ketiadaan dia dalam hidup kita. Memeng sukar untuk menerima , tetapi cuba hadapi dengan rasa redha dan sentiasa fikir In Shaa Allah , aku akan bertemu dengan orang yang lebih baik dari dia.Aku boleh hidup tanpa dia. Ada hikmah aku berpisah dengan dia,mana tahu lepas niyh jadoh aku dengan anak sultan.Kihkih :P...

Tiba-tiba satu hari kita dapat udangan " Majlis Perkahwinan Bella & Edwerd ",yang baca nyer Jacob.Terduduk terus si Jacob tu . huhu . ok andai kata kita dapat undangan majlis perkahwinan "EX" kita,korang pergi x?? PERGI ATAU TIDAK?? Mesti ambik masa lama kan nak buat keputusan samada nak perhi atau tak. Kalau pergi nanti hati aku sedih bila  negok dia ngan orang lain . " Arghh malaz aku nak pergi,tak ada kerja aku nak pergi majlis dia pernikahan dia,lantak lak ".Jacob pun cakap mcm niyh semua. Salah tu jacob.Jangan-jangan-jangan.




Aku sudah dewasa,
Aku pasti mampu menerimanya,
Aku yakin aku mampu menghadapinya,
Sepahit mana pun aku telan,
Akan aku jadikan penawar yang menyembuhkan.



1)Lupakan
  
Go go go,marilah kita berlumba kawan ! berlumaba bagi mendapatkan pasangan pengganti yang lebih baik.Sekiranya kita sudah temui pengganti, apatah lagi pengganti itu jauh lebih baik daripada yang pernah menolak cinta kita,buang kita dari hidup dia tanpa alasan yang munasabah, makan tidak sukar untuk kita berkata " Lupakan semuanya." ataupun " Saya akan melupakan kamu ".Namun bagaimana sekiranya kita berada pada posisi dia? Bolehkan kita mengatalan perkara yang sama?.Tidak bukan?. Jadi semua perkara memerlukan proses. 

Peika ada baca kisah Sayid Quthub. Belia pernah juga pernah mengalami kegagalan dalam percintaan. Semasa belia bekerja sebagai penyelia di sekolah rendah, belia pernah menaruh hati  kepada seorang gadis Kaherah. Hatinya bergelora sehingga  beliau menghasilakan karya bertajuk , ASYWAK , yang menggambarkan ungkapan perasaan beliau kepada gadis itu. Belia menulis macam niyh :


"Kepada seorang yang pernah menempuh jalan berdiri bersamaku sehingga dia dan aku berdarah dan bersa pedih. Namun, kemudian dia menuju ke satu jalan dan aku meniti jalan yang lain."


Negok tu,sayang sekali, perasaan cinta Sayid berakhir dengan kesedihan. Gadis iti lebih mencintai orang lain, lalu bernikan dengannya. Dalam keadaan hati yang luka dan pedih, Sayid Quthub menceburi dunia ilmu dan melepaskan jawatannya sebagai penyelia. Selepas itu beliau ada menulis karya-karya lain , antara yang terkenal ialah Tasfir Fi Zhilal Al-Quran.Jadi kita dapat inspirasi dan motivasi daripada  kisah Sayid Quthub.Kegagalan cinta bukan kehancuran. Mencintai, namun tidak berjaya menikahi bukan pengakhiran kepada segala-galanya. Oleh itu, teruskan berusaha melupakan dirinya.Jadi apa yang pentinya sekarangnya kan, kita perlu berusaha menggali hikmahnya.

" Manusia tidak menerima dugaan yang lebih besar, melainkan cita-cita yang tinggi," kata Ibnu Al-Jauzy.Orang yang tinggi cita-citanya,akan memilih hal yang tinggi.


2)Datang ke Majlis Perkawinannya

Perasaa sakit, pedih, terseksa dalam hati memang perasaan yang tidak dapat dielakkan semasa melihat dia yang kita cintai,orang yang kita harapkan menjadi pujaan hati belahan jiwa,bersanding dengan orang lain, kita pula hanya mampu menggigit bibir dan menelan air liur melihat semua itu.Sesetengah ada orang yang tidak menghadiri majlis perkahwinan dengan beri alasan kononya outstation la,kurang sihat la,ataupun menhadiri acara lain hanya untuk menghindari realiti?

Ini kenyataan, bukannya mimpi.Oleh iti, hadapi kenyataan dengan kaca mata realiti, bukan kaca mata emosi.Tunjukkan yang kita ada peribadi seorang dewasa,peribadi anggun,kuat, dan kukuh.Pasti lain kisahnya sekiranya kita da dapat pengganti yang jauh lebih baik.Kita pasti semangat menghadiri jemputannya. Pasti dengan bangga kita bergandingan dengan pasangan,suami ataupun isteri kita, Seolah-olah kita mahu berkata," Lihatlah diriku, Aku mampu mendapatkan yang lebih baik daripada kamu".

Cara tu salah,perasaan itu hanya boleh menjalar dalam hati, ibarat mahu menghadiri majlis perkahwinannya demi menjadikan dia bersedih dan menyesal. Siapa yang tidak gembira, apabila gagal mendapatkan dia, tetapi berjaya mendapatkan pengganti yang jauh lebih baik? Tetapi perlu ke hal itu supaya kita dikatakan hebat, kerana berjaya mendapat yang lebih baik daripada dirinya?? Bukankan hanya kanak-kanak kecil yang suka menunjuk-nunjuk permainanya? Bukankah anak kecil suka menunjukkan anak patungnya? Nak ke kita jadi macam budak kecil? Menunjuk-nunjuk isteri ataupun suami kita yang lebih baik daripada dia??

3)Beranikah Kita Berkata Begini?

Sekiranya dia, orang yang pernah menolak cinta kita, tidak mengundang kita ke majlis  persandingannya , beranikan koranag berkata " Adakah saya diundang? " ataupun " Mengapakan saya tidak dijemput?". Sekiranya dia tidak menjemput kita ke majlis perkaahwinannya sebab nak jaga perasaan kita itu tak ajdi satu masalah.andai kata dia mengundang kerana dia menghormati kita  dan tidak menbeza-bezakan dengan oramg lain, jadi cuba usahakan supaya hadir.Jiwa besar dan sikap dewasa perlu kita tunjukkan.Anggap perkara itu biasa dan jangan berlebih-lebiha dalam menanganinya. 

Percayalah, Allah S.W.T pasto memberi kesempatan kepada kita menjadi raja ataupun ratu sehari pada suatu hari nanti. Cuma, bila waktunya dan dengan siapa,masih menjadi misteri. Boleh jadi seorang yang pada mulanya kita benci separuh mati , tetapi sekiranya Allah S.W.T. menghendakinya, dia boleh menjadi pasangan yang kita cintai.

Jadi jangan nampakkan kesedihanmu depan kekasih yang pernah menyakitkan hati kita. Apa yang berlaku dalam hubungan kita,perpisahan memang ada hikmah. Allah S.W.T. memberi hikmah. ingat tu. 

" Sekiranya kamu tidak mampu menangkap hikmah, bukan kerana hikmah itu tiada, tetapi kerana kelemahan daya ingatan kamu sendiri. Kamu perlu tahu, raja juga memiliki rahsia yang tidak diketahui oleh orang kebanyakkan. Bagaimana kamu yang begitu lemah, mampu mengungkap semua hikmah-Nya? "

Cakap dalam hati "apabila kamu bahagia dengan penganti aku,aku juga boleh bahagia tanpa engkau". Jangan tunjukkan kelemahan , kesedihan anda depan si dia yang pernah sakitkan hati kita. Kalau kita buat macam tu,nanti dia mesti menganggap kita ini lemah sangat. Mana tau dia fikir yang kita tak boleh hidup tanpa dia.seoalah-olah dia rasa hebat sangat sebab boleh pikat semua gadis atau lelaki dengan paras rupa yang menawan.Lagi satu jangan simpan perasaan dendam terhadap dia maka tiadalah sakit hati.

Aku sudah dewasa,
Aku pasti mampu menerimanya,
Aku yakin mampu menghadapinya,
Sepahit pun aku telan,
Aku jadikan ia ubat yang menyembuhkan,
Wahai tuhanku,
Tiada yang salah dengan ketetapan-Mu,
Tiada yang salah dengan takdir-Mu,
Tiada yang salah dengan keputusan-Mu,
Tolonglah hamba, wahai yang Maha Perkasa,
Jangan biarkan hamba terseksa bayangan wajahnya,
Jangan biarkan hamba terpedaya dengan bisikan si durjana,
Jnagan biarkan hamba tertipu dengan nafsu yang mengguna nama cinta.

Aku mahu melangkah dengan segenap semangatku.
Ya Allah,bantu diri ku,
Hilangkan bayangan wajahnya daripada hatiku,
Hapuskan semua keindahan yang pernah terjadi dahulu,
Buang semua perkara yang mengusik fikiranku,
Duhai engkau yang pernah hadir dalam lembaran hidupku,
Izinkan aku membuang rasa cinta kepadamu dalam hatiku,
Akan aku hapuskan kenangan yang pernah terjadi dahulu.




tamat
mintak maaf kalau cerita tak menari
btw
terima kasih sebab sudi membaca

No comments:

Post a Comment